Peristiwa bersejarah ini mendatangkan bukan sedikit hikmah ke atas umat Islam.
ISRAK : Perjalanan RASULULLAH S.A.W dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.
MIKRAJ : Perjalanan naik Rasulullah s.a.w dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Setelah naik ke langit baginda turun semula ke Masjid Aqsa dan balik ke Mekah pada malam yang sama. Semuanya seakan-akan berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak logik . Tetapi Allah MAha Berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Apakah ia Sidratul Muntaha? Ia adalah tempat yang lebih tinggi daripada langit ke tujuh.
Perjalanan penuh barakah ini berlaku selepas peristiwa kematian isteri baginda yang dikasihi, Khadijah diikuti pula kematian bapa saudara baginda Abu Talib.
Ditambah lagi dakwah baginda ditentang hebat oleh penduduk Thaif pada masa itu. lalu Allah menganugerahkan israk dan Mikraj sebagai penghibur hati dan memantapkan keimanan Rasulullah s.a.w. Namun semuanya berlaku atas kehendak Allah s.w.t juga.
Nabi Muhammad SAW ditemani malaikat Jibril AS dengan menaiki seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Israk mikraj ini. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.








